Jumat, 12 Juni 2015

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya Allah akan melapangkan hidupnya

pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam

golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam

hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya Allah akan mengurniakan sepohon

pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh

seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti

bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa

diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: Sahaja aku

mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak. Fadilatnya Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya Allah akan memandanginya

dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya Allah akan mengampunkan dosanya

walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: Sahaja aku

sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama

dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer.

Fadilatnya Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat Diberi pahala seperti memberi sekalian orang

Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

Fadilat Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan

diharamkannya daripada neraka.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10

Artikel Terkait

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email