Kamis, 04 Juni 2015

share motivasi


Assalamualaikum..
Ramadhan di India buat kali ke 4, kali ini saya merasa sungguh bersyukur kerana masih diberikan peluang untuk terus menikmati kebesaran Allah swt di bulan ramadhan ini. Walau sudah menghampiri penghujung Ramadhan, jangan dilupakan ibadah yang harus kita kejar sepanjang bulan ini.

Bergema satu ayat dalam al-quran, surah Ar-Rahman dalam minda saya.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Sungguh sayu apabila melihat ramai lagi umat Islam yang masih lagi dalam keadaan serba kekurangan di bumi India ini. Gambar diatas diambil ketika hendak berbuka di salah sebuah masjid baru di sekitar Bangalore.
Pada asalnya, beliau hanya datang dengan tangan kosong, tetapi di masjid sudah sediakan sedikit juadah untuk berbuka, semangkuk potongan buah, roti, kurma, bubur dan air manis. Mungkin kita rakyat Malaysia, 'confirm' macam pelik melihat menu utama ini, tapi inilah hakikat sekiranya kita berada di India. Mereka jauh lebih serba kekurangan berbanding kita. Malah, ketika saya menghirup air manis pun tidak boleh masuk tekak sebab rasa yang lain sangat. Tetapi, masyarakat di India sudah lali dengan istilah roti keras, kurma keras, asalkan dapat mengalas perut. Selepas beliau mengambil tempat duduk (sebelah saya), terus beliau senyum sambil berzikir dan menitiskan air mata. Mungkin dia salah seorang ahli syurga kelak.. amin

share motivasi

Artikel Terkait

share motivasi
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email