MUTIARA KATA SYEIKHNA SIDI YUSUF MUHYIDDIN AL-BAKHOUR AL-HASANI
Posted by nur huda Saturday, October 9, 2010 at 2:13 PM
Antara mutiara kata beliau:
: , .
Sesiapa yang menyerahkan urusannya kepada Allah s.w.t. (tawakkal) pada permulaan suluknya, maka Allah s.w.t. akan memuliakannya di penghujung suluknya.
: , .
Sesiapa yang mana permulaannya membakar-bakar atau menyala-nyala, maka penghujungnya akan terang benderang.
: .
Permulaan menunjukkan penghujungnya.
: .
Kejujuran kepada Allah s.w.t. merupakan jalan yang paling hampir untuk menuju Allah s.w.t..
: .
Kelalaian itu pintu bagi segala kesalahan dan nafsu itu pintu bagi segala kehinaan.
: .
Seseorang murid yang hakiki itu bukanlah yang menisbahkan kepada gurunya, tetapi murid yang hakiki itu ialah, orang yang dinisbahkan akan gurunya kepadanya.
: .
Sesungguhnya, kalau saya mati dalam keadaan jujur (kerana mempertahankan kebenaran) itu lebih baik daripada saya hidup dalam keadaan penuh tipu daya.
: .
Janganlah bergantung kepada ibadah, kerana ketergantungan tidak boleh kecuali hanya kepada Allah s.w.t..
: .
Berapa banyak kenikmatan yang membawa kepada penyesalan dan berapa banyak pula tangisan yang membawa kepada kegembiraan di penghujungnya.
Disusun oleh
Al-Haqir Al-Faqir ila Hadrati Rabbihi Al-Jalil Al-Qadir
http://ahlusaadah.blogspot.com/