Ahmad Baei Jaafar
Hari ini 13Zulhijjah 1433 adalah hari terakhir untuk kita melakukan qurban. Apabilatenggelam sahaja matahari atau dalam kata lain masuk sahaja waktu Maghrib, makaqurban tidak boleh dilakukan lagi. Jika dilakukan juga maka jadilah sembelihanitu sebagai sembelihan biasa.

Bagi mereka yangingin berqorban pada hari ini suka saya ingatkan kepada mereka beberapa perkaraberhubung dengan niat. Sebenarnya ada dua niat yang perlu dilakukan dalamibadah qurban ini iaitu:
- Niat membeli bahagian qurban
- Niat menyembelih qurban.
Kebanyakan kita dinegara ini tidak berpeluang membeli sendiri. Jika kita tidak boleh membelisendiri maka bolehlah diwakilkan kepada seseorang untuk membelinya. Maka akadwakil membelinya perlu dibuat kepadanya. Begitu juga kalau kita tidak boleh atautidak mampu menyembelih, bolehlah diwakilkan sebelihan kepada tukang sembelih.Untuk itu lafazkan akad wakil penyembelihan itu kepadanya.
Walau bagaimanapun timbulisu di sini bagaimana kalau ada hartawan yang bermurah hati menghadiahkanseekor lembu dan dia mahu tujuh nama individu untuk qurban itu. Dalam hal inihartawan itu perlu niat membeli lembu tersebut untuk qurban. Boleh juga kalaudia wakilkan kepada seseorang untuk membeli bagi pihaknya.
Apabila lembu itudiserahkan untuk urusan sembelihan qurban, dia perlu dapatkan nama yang hendakqurban tersebut. Individu yang terlibat perlulah melafazkan aqad wakil kepadapenyembelih. Dengan penyerahan itu maka sahlah qurban itu haknya. Dan diaberhak mengambil 1/3 daripada bahagiannya.
Sebenarnya, urusansebegini jarang diberi peringatan kepada pihak yang berqurban mahupun pihakyang menjadi wakil pembeli dan penyembelih. Semoga urusan ini dapat difahamioleh umat Islam pada masa-masa akan datang. Selamat berqurban.
Fikrah Islamiah: Sahkah qurban anda?
Fikrah Islamiah: Sahkah qurban anda?
4/
5
Oleh
newbie blogger